Thursday 14 April 2011

SUKAN RAKYAT (RAKIT)

 PENGENALAN



Rakit sedang menyusuri sungai


     Rakit adalah susunan benda yang mengapung yang datar untuk perjalanan di atas air. Rakit dibina menggunakan gabungan bahan-bahan ringan seperti kayu, bambu ataupun buluh dan mennggunakan tali ataupun rotan untuk mengikat. Rakit tradisional ataupun primitif dibuat dari kayu atau buluh manakala rakit moden menggunakan peralatan seperti ponton, drum, atau balok polistiren. Biasanya rakit menggunakan susunan berlapis-lapis yang lebih elastik dan tahan lama. Bergantung pada penggunaan dan ukurannya, rakit juga boleh dipasang atap, tiang, maupun kemudi.  Rakit kayu digunakan oleh industri pembalakan untuk membawa kayu balak dengan mengikatkannya ke rakit atau menariknya di sungai tetapi kaedah ini digunakan pada pertengahan abad ke-20, namun sekarang  ia tidak digunakan.



Aktiviti Berakit di Sungai Langat, Selangor

Aktiviti Berakit di Sungai Sarawak

    Di Malaysia, sukan yang dikategorikan sebagai sukan rakyat ini telah lama wujud.  Pada masa kini, terdapat banyak kejohanan yang melibatkan sukan rakit seperti kejohanan Kiulu 4M challenge yang diadakan setiap tahun di Tamparuli Sabah yang menarik perhatian ramai peserta dari dalam dan luar negara.  Selain itu, di semenanjung Malaysia juga aktiviti sukan berakit ini masih mendapat sambutan.  Di Sungai Lang, daerah Hulu Langat Selangor aktiviti berakit sering dijalankan dimana langkah-langkah pemasangan rakit akan ditunjukkan oleh orang asli di sana dan kemudiannya menggunakan rakit tersebut untuk meluncuri Sg. Langat sepanjang 35 kilometer.  Dalam pada itu, rakit juga merupakan salah satu jenis pengangkutan yang banyak digunakan di negeri Sarawak.  Terdapat banyak perkampungan di kawasan pedalaman dan hanya menggunakan pengangkutan sungai untuk menghubungkan kawasan perkampungan dengan kawasan pekan atau bandar.  Kebanyakannya masih lagi menggunakan rakit untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.




 AKTIVITI BERAKIT


     Rakit merupakan satu aktiviti sukan rakyat yang terkenal di Malaysia dan setiap tahun terdapat pelbagai kejohanan dipertandingankan.  Salah satu pertandingan rakit yang terdapat di negeri Sabah dan diadakan setiap tahun iaitu kejohanan Kiulu 4M - "Sabah's traditional extreme race" yang diadakan di daerah Tamparuli, Sabah.  Kejohanan ini terbuka kepada peserta di seluruh negara dan setiap tahun mendapat sambutan yang menggalakan.


Aktiviti Berakit di Sungai Kiulu, Tamparuli Sabah.





Video Sukan Berakit di Sungai Kiulu, Tamparuli Sabah.



   Selain itu, aktiviti sukan rakit juga biasa dijalankan di sungai Padas, Beaufort.  Aktiviti ini amat digemari oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara untuk melihat keindahan flora dan fauna sambil menyusuri sungai menggunakan rakit.  Peta di bawah menunjukkan jalan untuk ke Sungai Padas, Beaufort yang merupakan sebuah tempat yang terkenal dengan aktiviti sukan seperti Rafting, Rakit dan juga kayak jeram.






VIDEO-VIDEO AKTIVITI 
BERAKIT DI SELURUH DUNIA


Aktiviti berakit di daerah Yangshuo, China.



Aktiviti berakit di Sungai Kwai, Thailand.



Aktiviti berakit di Rio Grande, Jamaica.






RUMUSAN & KESIMPULAN


     Sukan rakit dikategorikan sebagai sukan di Malaysia kenara aktiviti ini pada masa dahulu digunakan sebagai satu alat penghubung diantara satu kawasan dengan kawasan yang lain dan ia masih juga digunakan di beberapa kawasan terpencil di Malaysia tetapi secara umumnya di negara kita kini aktiviti berakit  telah dikomersilkan dan dipertandingkan dalam beberapa kejohanan yang telah saya nyatakan dan aktiviti ini juga turut digemari oleh kebanyakan pelancong yang datang dari luar negara kerana menggangap aktiviti berakit ini merupakan suatu yang unik dan tidak terdapat di negara mereka.  Dalam pada itu, rakit turut digunakan di negara-negara lain seperti China, Thailand dan Jamaica.  Pada pandangan saya, rakit memang telah lama wujud di kebanyakan negara Asia kerana memiliki spesis pokok bambu dan mempunyai bentuk muka bumi yang banyak terdapat sungai.